SNOW

Saturday, 1 June 2013

Memori bersama

Sudah lama saya tidak menulis . Sejak akhir-akhir nie , saya agak sibuk jugak laa . Sampai tiada masa untuk merehatkan diri . Sekarang jelah dapat release sikit kepenatan saya .

Baru-baru nie sekolah saya ade mengadakan sambutan Hari Guru . Cikgu-cikgu di SMK Datok Lokman berpakaian bertemakan "Back To School" . Semua cikgu comeyy comeyy belaka bila diorang memakai pakaian sekolah . Nampak seperti pelajar sekolah . Cikgu-cikgu pun sporting je . Banyak persembahan yang diadakan oleh pelajar-pelajar LOKMANIANS untuk guru-guru tercinta . Tidak lepas jugak pelajar yang ingin memberi kad ucapan & hadiah buat guru-guru yang diorang sayang . Tapi tahun nie saya takde bagi hadiah mahupun kad ucapan untuk cikgu-cikgu yang penat lelah mengajar saya selama nie . Saya hanya mampu mengucapkan "Selamat Hari Guru" untuk semua cikgu SMK Datok Lokman . Apabila tengok kekawan memberi hadiah untuk cikgu , timbul sikit rasa kecewa sebab tidak dapat memberi cikgu-cikgu hadiah walaupun saya tahu cikgu-cikgu tak pernah kesah pun anak murid dia bagi hadiah ataupun tidak . Yang penting ucapan "Selamat Hari Guru" sudah bermakna buat mereka . Hanya ucapan itu membuatkan cikgu-cikgu rasa dihargai atas semua ilmu yang diorang telah berikan kepada kita .

Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar saya dari saya tidak tahu apa-apa sampai lah saya berjaya . Jasamu akan ku kenang sampai bila-bila . Love you all som muchh :*

Gambar kami bersama cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami & cikgu yang mengajar kami hingga kini

                                     
 Besama cikgu kelas kami , Puan Siti Aisyah Sidek :*

 With our Mummy and Mama . Puan Shirley & Puan Siti Aisyah :D
cikgu BI & cikgu BM kamii

 With cikgu Math kami a.k.a cikgu sensasi :3 Cikgu Hisyam

 Cikgu Math kami time Form 4 & PK Hem 
Puan Noraini Hanafiah

 Cikgu paling spoting & cikgu paling cute :3

Sir Kamarozaman
 comeyy Ustazah kite :3 nampak macam pelajar kan ?
Ustazah Tuan Ruzana , cikgu Pendidikan Islam kami time Form 4 

 cikgu yang mengajar tentang ekonomi negara :*
Puan Nor Hayati , cikgu Ekonomi Asas kami

 nak berdua-duaan dengan cikgu Hayati :*

 With our PJK's Teacher , Encik Rozaimi & Cik Siti Aisyah
kami sayang diorang :*

Our Account's teacher and Form 4 Sivic's teacher
Cik Ng Sook Wai & Cik Adibah :]


Gambar saya dengan kawan-kawan saya :*

 Kawan-kawan saya yang otak sama-sama gila :* Love you all !

 Kat bilik guru , tengah tunggu cikgu untuk tangkap gambar bersama

 orang semua berkumpul kat dewan sebab hujan , kiteorang pergy Koperasi untuk snap pict time hujan :3

 With abangg HOT !! :* satu-satunya Chinese boy yang spoting & handsome
Chew Tze Jien :* <3

 Time pelajar lain tengah buat persembahan , kiteorg galak tangkap gambar . nasib cikgu Zul tak nampak :p

 With My Classmates , 5A1 2013 :* <3

 Tiba-tiba piah datang , merajuk dengan kiterg sebab tangkap gambar tak ajak dia 

 bestnyaa main hujannn ! Yahoo ! Mandi Hujan :*

 bungaa ? :3

 Muka macam ... hahaha :D

ikut ketinggian laaa :D tak terasa kite pendek sangat :3


Cuti nie penuh jadual cuti saya . Kalau tak tusyen , kiteorg keluar karoke , lepak-lepak kat tasikk . Rasa macam takde masa duduk kat rumah je . Kalau boleh setiap hari kami akan keluar bersama . Kalau lepak sekali mesti semua otak gila-gila . Tukang yang suka merancang untuk keluar adalah Shahril Izwan . Dialah paling excited kalau merancang nak hang kat mana . Dia akan plan baik punya supaya semua orang boleh Join . Sampai pergy Bukit Belacan yang baru-baru nie juga lahh , dia lah yang paling excited gila sampai boleh accident . Nasib tidak berlaku cedera parah & maut . Hanya luka luka kecil-kecilan sahaja . Ingat nak cancel pegi mandi-mandi tapi shahril beriya-iya sangat nak teruskan jugak . Walaupun dia berdarah kaki tangan , tetap nak terus kan jugak plan dia & siap ajak pegi karoke & lepak Tasik . Tak sakit ke mamat tuhh ? Kental gila kann ? Kalau saya lah , sure saya nak balik duduk kat rumah jee . Berlainan pulak dengan shahril , time time sakit tuh laa dia nak ajak keluar lagi . Semua orang risaukan dia , dia buat dunnoh jee . Takpe Bestie , I'm know u are strong . Even u have many problem , u never show ur problem at us . Hope Shahril cepat sembuhhh !

Friday, 26 April 2013

Erti Sebuah PERSAHABATAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada yang sudi membaca blog saya . Eh eh , macam ucapan pulak kan . Tapi takpe , yang penting bagi salam dulu , jgn main redah je kan .


Nak satu cerita tak . haaa , cerita tuh jgn main main tauu . aha . Minggu lepas tindakan saya yang paling BODOH yang saye hampir nak memutuskan tali PERSAHABATAN kami selama 4 tahun . Saya salah faham masa tuh . Kalau salah faham semua orang disalahkan , betul tak ? Kesian si Dia saya marah-marah dia , maki dia . sedangkan bukan salah dia pun . Sampai sekarang saya masih tak boleh lupakan lagi "Peristiwa" itu . Lebih 3 hari juga la kami tak tegur even dalam satu kelas yang sama . Ramai classmate pelik kenape kami duduk asing-asing masa "First Day" gaduh tuhh . Dan ramai juga laa yang SYAK kami memang gaduhh . Masa tuh saya terase juga lah hati , tiba-tiba dia duduk asing-asing kan . Tapi saye fikir logik je , takkan kami duduk sebelah sebelah tapi nak masam masam muka kan ? Bagus juga laa tindakan dia masa tuh . Hilang laa sikit api kemarahan saya masa tuh . Masa tuh memang masing-masing "Buat Muka" laa . Pada masa yang sama , saya ingin berbaik balik tapi keegoan saya mengatakan jangan mengalah . Saya kalah dengan Ego saya sendiri . kelakarkan bunyi nya ? Tapi itu memang Realiti . Ego lebih menguasai dari kata-kata hati . Sampai laa satu hari Mayang dapat mematahkan ego yang ada pada diri saya . Dia yang menyedarkan saya bahawa PERSAHABATAN amatlah penting . Dan pentingnya saling maaf bermaafan . Dia jugalah yang menceritakan apa yang berlaku masa tuh . Jika Mayang tidak ceritakan pada saya , sure sampai bila-bila ego saya lebih berkuasa dari kata-kata hati . Pada malam itu kami ada tuisyen , dan Mayang jugalah berjaya menyelamatkan PERSAHABATAN kami . Mayang lebih mengerti perasaan kami masa tuh . Thanks Mayang . Love you So Much :* 


~ SAHABAT SEJATI~



Sekarang baru saya tahu erti sebuah PERSAHABATAN ini . Tanpa sahabat disisi kita , apalah kita kan . Selama ini saya fikir sahabat hanya time seronok & senang sahaja . Rupa-rupanya saya silap . SAHABAT adalah teman semasa kita susah & senang . Saya sangat appreciate & sayang dengan PERSAHABATAN nie . Mane tak nya , gelak sama sama , duka pun sama sama . Ada problem settle sama sama . Kalau boleh semua nak sama-sama . Sampai ada yang cakap "Memamg Best Friend Forever laa korg nie" . Nama pun Sahabat kan :D Saya harap ia akan kekal sampai bila-bila . Saya tahu PERSAHABATAN sangatlah penting dalam hidup kita . Bukan sahabat time seronok je , tapi time susah pun kita memerlukan seseorang yang gelar SAHABAT . Dialah akan menjadi pendengar & pemberi nasihat pada kita .


Selalu cerita pasal Si Dia nie , taknak tau ke siapakah gerangan orang empunya badan . Orangnya Comel lagi Lawa . Siapa lagi kalau bukan Dila Afiza <3 


Yang sebelah kanan tuh laa dia orang yang empunya nama Dila Afiza . Yang sebelah kiri semestinya saya ;)
Caakkkk :* Auuummm !!

Sunday, 21 April 2013

Thanks Allah !

Percaya Allah ada bersama kita si saat kita memerlukannya . Allah ada bersama Hamba-Nya tika hamba-Nya sunyi , sedih & gembira . Tapi sayang hamba-Nya tidak pernah bersyukur nikmat yang Allah telah beri kepadanya . Manusia lalai dengan alam dunia yang mengasyikkan . Tahukah kita Allah tidak pernah lupa mahupun lalai untuk memerhatikan kita . Sesungguh nikmat-Nya terlalu besar buatku . Saya amat bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan kepadaku , baik dari segi mental mahupun fizikan , baik dari segi rohani mahupun jasmani . Saya bangga Dia telah memberikan ku pelbagai ujian . Ujian-ujiannya membuktika bahawa Allah tidak pernah melupakan saya . Dan Dia mahu saya lebih sabar menempuhi ujian-Nya . Saya juga tahu bahawa Dia mahu saya sering mengingati-Nya . Kerana tanpa Dia bagi Ujian-ujian itu semua , kita tidak akan mencari Dia melainkan hanya Hamba-Nya yang betul-betul beriman kepada-Nya & Rasulullah . Thanks Allah kerana bagiku ujian-ujianMu . Kerna tanpa ujianMu jugalah aku tidak akan sedar akan Nikmat yang telah Engkau berikan padaku . Thanks Allah , Thanks Allah :')


T H A N K S   A L L A H !  <3

Sunday, 24 February 2013

The Great Day

Hari saya rase happy sangat sebab Hang dengan kawan-kawan dari sekolah lain . Diorang sangat spoting dan otak diorang pun gile-gile :) same like me ! 

Lepas je balik Interview kat tusyen kiteorg pegy Karoke ! Memang happening gile laa . semua kaki Karoke rupenya . Walaupun suara saya serak tapi saya tetap try menyanyi , tapi tanpa mick laa . hihi . segan laa org dengar suara ROCK titews :3
Time Lepak kat MCD memang membuatku ingin gelak guling-guling pabila tgok telatah Adam , Shahril & Tony . tak sangka orang yang baru lepak dengan kiteorg daa bole rapat mcm nie ^^ hee .
True or Dare ~ game nie laa kiteorg main sampai satu MCD tuh pandang semacam je kat kiteorg . mesti diorg pikir kiteorg anoyying . haha . peduli ape kan ? kite datang nak mkn kat situ , so tak kesah laa kan main game ape . Paling teruk kena Shahril , Adam , Izni & Mayang laaa . Sayang Dila , Izwin , Sophea & Nisa sudah balikkk :D diorg ketinggalan part yang paling lawak . Nevermind , next time kite Hang lagi okayy ;)

Our's Memories ♥



Member yang paling Cool , Spoting and otak gile gile ♥

 Dila Afiza

 Adam Putra

 Afiq Adha

 Alin

Khairul Anuar

 Izni

 Amier Ali

 Izwin

 Khairunnisa

 Sophea Izati

 Shahril Izwan

 Mayang Sari

 Nabilah Azmi

Hafiz Tony


This Memories I will remember Forever :') We Are Spoting & Otak Gile-gile gengs !!
Hope we never Forget each other ♥



Thanks For the read my blog :') hee . Wish us Good Luck For SPM this Year tauu :D

Friday, 8 February 2013

Our Memories In 5A1's 2013

Hari nie adalah First 5A1 kena "Standing Up On The Chair" . Hampir satu kelas yg berdiri kat atas kerusi di belakang kelas time English , PN Shirley . Awesome gile laaa . Semua happy je bile kena denda mcm tuh . Bak kata pepatah "Susah dan Senang Selalu Bersama" Slogan yg awesome untuk kelas 5A1 2013 . Sampai PK Hem lalu tepi kelas pun sanggup STOP nak tgok kami . Tahu laa dia Rindu kan kami , *Kononnya laa* . Takde perasaan langsung kiteorg time berdiri kat atas kerusi . boleh gelak gelak , happy happy lagii . awww :* Pn. Shirley pun tak bole marah kiteorg lama-lama . Tapi ada laa dalam sejam jugak kami berdiri tuhh :) Saya Sayang 5A1 yg Awesome :* aummm .  Kenangan nie akan Ku ingat sampai bila-bila ^^

Tuesday, 29 January 2013

SPM 2013

2013 adalah tahun untuk batch 1996 berperang dgn peperiksaan yg paling besar dan peperiksaan yg akan tentukan hala tuju kita nanti . walaupun masih awal tahun , tapi sudah membuat persediaan untuk menghadapai peperiksaan besar tuhh . saya harap batch 1996 akan pecah rekod SPM paling bnyak dapat straight A :) Aminnnnn~ tahun nie jgak kami kene kejar balik topik-topik Form 4 yang aku tak dapat pick up . harap-harap aku dapat pick up balik tahun nie . takde nak pikir pasal couple couple nie okayy . Single Is Better & Enjoys !! Tumpukan kat pelajaran is more Important than LOVE !


Selepas SPM nanti ingat nak ambek kos business , okay ke takk ehh ? kawan-kawan ajak sambung akaun tapi macam tak bole bawak takut merosakkan kan result je kalau tak bole bawak . hmmm -.- kalau business bnyak plak cabang dia . nak kena pilih tuh laa nie laaa . haih . susahh susah !! nak pilih Universiti / Kolej pun susah nie tambah bidang yg hendak diambil -.-


Time to me go sleep !! nanti saya update lagi yeaaa . jangan risau okayy 

~Selamat Malam . Good Night . Assalamualaikum~