Taktau lahh kenapa aku nak sangat pergi negeri Cik Siti Wan Kembang nie dari zaman sekolah lagi . Mungkin teringin rasa merantau jauh jauh kot Tak dapat 'merantau' , dapat bercuti jadilah kannn Dengar cerita Kelantan nie macam 'Syurga makanan' , betul ke ?
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Memang betul pun wehhh !! Bercuti kat Kelantan nie perut tak pernah nak lapar takde can langsung perut nak lapar , full tank je memanjang
Memula plan macam tak jadi sebab salah seorang budak rumah tak dapat nak join sebab dia takde 'dana' katanya . Kami yang nak sangat pergi nie rasa kecewa lahh juga Tapi aku tak mengalah !! Aku plan dengan salah seorang budak rumah aku kata plan kita harus diteruskan juga walaupun salah seorang tak pergi . ohh lupa nak kabo , kami duduk berlima seorang tak pergi so berempat lah . tapi dua orang tuh ore kelate so takyah lah plan dengan diorang sangat, just cakap nak pergi , diorang ON je dan berjaya juga TRIP kiteorang kali nie
Waktu nak bertolak dari KL-Kelantan tuh dah macam macam nasihat mama dan ayah kasi . Risau sangat anak dara diorang yang sorang jalan jauh . HAHAHAHAHAHA . padahal anak dia takde apa apa pun ✌
Sepanjang di Kelantan, layanan tuan rumah memang terbaik tahu diorang bawa kiteorang ke merata tempat walaupun tak semua tempat kami pergi Yang paling best , tuan rumah cuba juga pelbagai cara untuk bawa kami ke Thailand dan menaiki bot ✌ first time naik bot wehhhh , excited sangat !!
Thank you tuan rumah sebab melayan kerenah kami sepanjang kami berada di Kelantan