SNOW

Wednesday, 14 September 2016

TRIP TO KELANTAN

Taktau lahh kenapa aku nak sangat pergi negeri Cik Siti Wan Kembang nie dari zaman sekolah lagi . Mungkin teringin rasa merantau jauh jauh kot  Tak dapat 'merantau' , dapat bercuti jadilah kannn  Dengar cerita Kelantan nie macam 'Syurga makanan' , betul ke ?
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Memang betul pun wehhh !! Bercuti kat Kelantan nie perut tak pernah nak lapar  takde can langsung perut nak lapar , full tank je memanjang 
Memula plan macam tak jadi sebab salah  seorang budak rumah tak dapat nak join sebab dia takde 'dana' katanya . Kami yang nak sangat pergi nie rasa kecewa lahh juga  Tapi aku tak mengalah !!  Aku plan dengan salah seorang budak rumah aku kata plan kita harus diteruskan juga walaupun salah seorang tak pergi . ohh lupa nak kabo , kami duduk berlima seorang tak pergi so berempat lah . tapi dua orang tuh ore kelate so takyah lah plan dengan diorang sangat, just cakap nak pergi , diorang ON je  dan berjaya juga TRIP kiteorang kali nie 
Waktu nak bertolak dari KL-Kelantan tuh dah macam macam nasihat mama dan ayah kasi . Risau sangat anak dara diorang yang sorang jalan jauh . HAHAHAHAHAHA . padahal anak dia takde apa apa pun ✌
Sepanjang di Kelantan, layanan tuan rumah memang terbaik tahu  diorang bawa kiteorang ke merata tempat walaupun tak semua tempat kami pergi  Yang paling best , tuan rumah cuba juga pelbagai cara untuk bawa kami ke Thailand dan menaiki bot ✌ first time naik bot wehhhh , excited sangat !! 
Thank you tuan rumah sebab melayan kerenah kami sepanjang kami berada di Kelantan 




Sunday, 13 March 2016

UTeM di hatiku

                                   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Dah macam ucapan pulak . sorry lahh kalau bosan dengan penulisan bieyla . Actually bieyla tak pandai sangat dalam menulis blog . Alhamdulilah tahun 2015 sangat memberi banyak kenangan pahit dan manis . salah satunya , bieyla dapat menyambung pelajaran bieyla ke Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)




Kampus Induk



Kampus Bandar

Di UTeM bieyla belajar banyak benda , Berkawan , berdikari dan yang paling penting bieyla belajar benda baru iaitu suka Travell disebabkan ada sorang roommate bieyla nie memang kaki travel . hehe



Dapat rumah yang selesa , bilik yang teramat best (siap ada toilet dalam bilik lagi ! housemates yang lain takde) , dapat housemates yang semuanya masuk air (bab-bab riuh rumah lahh) dan classmates yang sporting (even tak semuanya , hakmaklumlah mestilah ada yang berpuak kan) . Rasa bersyukur sangat dapat sambung belajar di UTeM even first time dengar nama uni nie pun tak pernah kann . hahahahaha


Masa nie semua housemates date sekali , bukan senang nak kumpulkan semua sekali tauu !





Mula-mula dapat kos Marketing High-Technology , tak berapa suka sangatlah sebab ingat marketing kena promote promote barang kan . Bieyla dah lahh tak berapa nak gemar promote promote sebab rasa macam taktau macam mana nak tarik customer kan . Tapi bila dah start belajar baru tau , it's not all about marketing but it about entreprenuership . Dan tak disangka-sangka , dalam kelas bieyla tuh ada juga sama matrik dengan bieyla . Ingat bieyla jelah only the KMS's student apply UTeM for that courses . hahahaha . Nasib kat matrik dulu tak pernah kenal . hee 


My Classmates , My Course mates <3
Pak Imam jadi hero gadis-gadis 


The only chinese boy jadi rebutan para wanita dalam kelas kiteorang (hahahahaha, shida dengan intan jelah)



Well , tak sah lah kan kalau takde teman gila-gila dalam kelas kan . Of course bieyla pun ada . Teman meriuh kan kelas , teman ponteng kelas (kelas pak imam jelah sebab tak tahan bilik kuliah tuh panas) , teman sewel , teman menyetan (hahahahahahahaha , rasanya bieyla lahh kot setannya) , teman bergosip dan teman membahan (antara kiteorang jelah) 


Satu-satunya gambar yang cukup berenam tapi sayang gambarnya blur pulak (maklumlah yang tukang pegang camera tuh tangan parkison sekejap)


Antara group presentation boleh dikatakan gila-gila lahh (nasib lahh yang laki-laki nie kaki melayan kiteorang yang wanita nie)

Tempat Favourite untuk sarapan pagi sementara tunggu kelas start

Time Presentation kelas Pak Imam (Dr Imam Sentot Wahjono)

bukan senang gadis-gadis nie nak berbaju kurung (nie pun semata-mata untuk bergambar, hahahaha!)



Gadis-gadis tangga


Dah study kat sini takkan taknak kenal dengan abang abang senior dan hakak hakak senior kan , of course lahh nak kenal lagi lagi abang abang senior :P

Haaa , yang baju hijau terang sangat sangat tuh YDP MPP UTeM . Dekat program nie lah kiteorang baru kenal dgn dia (setelah beberapa bulan dia duduk di kerusi YDP) nasib bro (YDP) nie jenis yang spoting teramat sangat .

senior tapi macam kawan kawan , hahahahaha . kbye





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~THE END~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Khas Dari Bieyla,



PERSAHABATAN ITU,
LEBIH SUKAR DARI MATEMATIK ,
LEBIH RUMIT DARI FIZIK,
LEBIH SUSAH DARI BIOLOGI,
TAPI IA TAK SEBOSAN SEJARAH,
KERANA,
IA PENUH DENGAN CHEMISTRY


Thursday, 15 October 2015

Senyuman


A: Seronok jadi Bella 
me : haa , kenapa pula ?
A : Kita tengok bella happy good lucky je . Takde stress stress pun walaupun apa pun jadi .

Biasalah pandangan sesetengah orang . Mereka hanya nampak luaran kita sahaja , tapi mereka tak mengetahui apa yang berada di dalam . Sesetengah orang yang happy good lucky tak semestinya tidak mempunyai masalah di dalam hidup bahkan kekadang terlampau banyak sampai dia dah lali bila menghadapi masalah tersebut . Tapi Alhamdulilah , masih boleh tersenyum tanpa orang mengetahui sedikit pun kesedihan yang pernah berlaku di dalam hidup kita . Ketawa , gurauan , senyuman adalah "bekal" untuk kita terus kuat dan tidak menunjukkan kesedihan kita di kalayak ramai . Ya , mungkin hati mereka ini nampak kuat , tapi sebenarnya serapuh-rapuh daun kering . Mereka ini takkan mudah tunjuk kelemahan mereka di hadapan orang yang mereka sayang , kawan-kawan dan keluarga mereka sendiri .

Kekadang mereka ini pandai nasihatkan orang sekeliling mereka tetapi mereka GAGAL nasihatkan diri mereka sendiri . Baginya , biarlah orang nampak aku kuat supaya diorang tidak terus lemah walaupun aku pun kekadang tewas dengan kelemahan aku sendiri . Kekadang kita harus jadi "FAKE" untuk menjaga dan puaskan hati semua orang .



Life must be chill , cheer and happy


Senyuman bukan sahaja satu sedekah , malah dengan senyuman juga kita dapat menutup kesedihan dan kestressan kita daripada orang sekeliling 

Tuesday, 18 August 2015

Pengalaman

Assalamualaikum Penghuni Blogger ,

Hampir satu tahun saya tidak menulis di blogger . Maaf atas kesibukkan saya sepanjang tempoh setahun . Sepanjang setahun ini , banyak pengalaman telah saya belajar . Antaranya , kehidupan di Hostel , Kehidupan semasa Kerja , Perasaan berjauhan dari ibu bapa yang selama 18 tahun Tidak pernah berpisah . Semua pengalaman ini membuat kan saya lebih matang , malah berfikir ke depan . Dahulu , saya tidak tahu arah tuju hidup ku , hanya ikut apa yang ibu dan bapa saya katakan . And now , saya mampu membuat keputusan sendiri . Alhamdulilah , saya dapat melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda . Kawan saya kata rezeki saya murah , saya bersyukur sangat . Saya harap takkan mempersia siakan peluang nie . Aminn