SNOW

Thursday, 15 October 2015

Senyuman


A: Seronok jadi Bella 
me : haa , kenapa pula ?
A : Kita tengok bella happy good lucky je . Takde stress stress pun walaupun apa pun jadi .

Biasalah pandangan sesetengah orang . Mereka hanya nampak luaran kita sahaja , tapi mereka tak mengetahui apa yang berada di dalam . Sesetengah orang yang happy good lucky tak semestinya tidak mempunyai masalah di dalam hidup bahkan kekadang terlampau banyak sampai dia dah lali bila menghadapi masalah tersebut . Tapi Alhamdulilah , masih boleh tersenyum tanpa orang mengetahui sedikit pun kesedihan yang pernah berlaku di dalam hidup kita . Ketawa , gurauan , senyuman adalah "bekal" untuk kita terus kuat dan tidak menunjukkan kesedihan kita di kalayak ramai . Ya , mungkin hati mereka ini nampak kuat , tapi sebenarnya serapuh-rapuh daun kering . Mereka ini takkan mudah tunjuk kelemahan mereka di hadapan orang yang mereka sayang , kawan-kawan dan keluarga mereka sendiri .

Kekadang mereka ini pandai nasihatkan orang sekeliling mereka tetapi mereka GAGAL nasihatkan diri mereka sendiri . Baginya , biarlah orang nampak aku kuat supaya diorang tidak terus lemah walaupun aku pun kekadang tewas dengan kelemahan aku sendiri . Kekadang kita harus jadi "FAKE" untuk menjaga dan puaskan hati semua orang .



Life must be chill , cheer and happy


Senyuman bukan sahaja satu sedekah , malah dengan senyuman juga kita dapat menutup kesedihan dan kestressan kita daripada orang sekeliling 

No comments:

Post a Comment