SNOW

Wednesday, 14 September 2016

TRIP TO KELANTAN

Taktau lahh kenapa aku nak sangat pergi negeri Cik Siti Wan Kembang nie dari zaman sekolah lagi . Mungkin teringin rasa merantau jauh jauh kot  Tak dapat 'merantau' , dapat bercuti jadilah kannn  Dengar cerita Kelantan nie macam 'Syurga makanan' , betul ke ?
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Memang betul pun wehhh !! Bercuti kat Kelantan nie perut tak pernah nak lapar  takde can langsung perut nak lapar , full tank je memanjang 
Memula plan macam tak jadi sebab salah  seorang budak rumah tak dapat nak join sebab dia takde 'dana' katanya . Kami yang nak sangat pergi nie rasa kecewa lahh juga  Tapi aku tak mengalah !!  Aku plan dengan salah seorang budak rumah aku kata plan kita harus diteruskan juga walaupun salah seorang tak pergi . ohh lupa nak kabo , kami duduk berlima seorang tak pergi so berempat lah . tapi dua orang tuh ore kelate so takyah lah plan dengan diorang sangat, just cakap nak pergi , diorang ON je  dan berjaya juga TRIP kiteorang kali nie 
Waktu nak bertolak dari KL-Kelantan tuh dah macam macam nasihat mama dan ayah kasi . Risau sangat anak dara diorang yang sorang jalan jauh . HAHAHAHAHAHA . padahal anak dia takde apa apa pun ✌
Sepanjang di Kelantan, layanan tuan rumah memang terbaik tahu  diorang bawa kiteorang ke merata tempat walaupun tak semua tempat kami pergi  Yang paling best , tuan rumah cuba juga pelbagai cara untuk bawa kami ke Thailand dan menaiki bot ✌ first time naik bot wehhhh , excited sangat !! 
Thank you tuan rumah sebab melayan kerenah kami sepanjang kami berada di Kelantan 




No comments:

Post a Comment